Assalamualaikum dan salam persaudaraan semua rakan Aspirasi Mentor:
Minggu ke 9 ini, keadaan tidak mengizinkan Mentor bercakap di perhimpunan rasmi Walau bagaimana pun, Mentor memberi laluan kepada Puan Fauziah binti Amran Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi untuk menyampaikan ucapan khas beliau.
Beliau mengambil kesempatan menerangkan secara ringkas Kelas Pendidikan Khas Integrasi yang mempunyai 44 orang murid dari pelbagai kategori masalah pembelajaran. Beliau menyeru semua murid lain menghormati mereka seperti murid-murid lain.Menurut beliau, murid pendidikan khas ini masih mampu bersaing di kalangan mereka malahan mereka masih mampu mencabar murid lain seperti acara merentas desa peringkat sekolah malahan turut serta mengikuti program perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Puan Fauziah mengakhiri dengan ucapan tahniah kepada wakil Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 yang masih mampu memartabatkan sekolah di peringkat daerah dalam acara olahraga serta pingpong dan di peringkat Kebangsaan khususnya kepada Pasukan Robotik sekolah. Beliau juga merakamkan penghargaan terima kasih dari pentadbir sekolah kepada Jawatankuasa Pelaksana Program Bestari Solat Tahun 1, Guru-guru Tahun 6 serta Kumpulan Elite sekolah yang turut menyumbang tenaga mengisi masa secara bermanfaat pada 26/2/2011 bersamaan hari Sabtu.
Untuk pengetahuan semua Puan Fauziah di calonkan Anugerah PPKI mewakili daerah Hulu Selangor. Selamat Maju Jaya , Gemilang dan Terbilang PPKI SK Taman Bunga Raya 1.
Isnin, 28 Februari 2011
MINGGU KE - 8 21/2/2011
TEMA: HAL EHWAL MURID
TAJUK: DISIPLIN DIRI
KOSA KATA :
1) KEKEMASAN
2) SUSUN ATUR
3) KECERIAAN
4) KEKERAPAN
5) KESEMPURNAAN
6) KEBIASAAN
7) KONSISTEN
8) BERETIKA
9) PERKEMBANGAN
10) VANDALISME
11) MEMBENDUNG
Assalamualaikum rakan Aspirasi Mentor,
Sekolah merupakan tempat mencari ilmu dunia dan akhirat. Kita di tuntut mendisplinkan diri dalam menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan prasarana sekolah. Kesempurnaan perlu mengambil kira keceriaan serta susun atur kedudukan kerusi dan meja di kelas-kelas.
Kebiasaan ahli keluarga sekolah mengambil berat 3K secara konsisten akan memberi impak besar dalam pencarian ilmu dan ia juga merupakan tuntutan agama Islam. Sekolah, persekitaran dan kelas yang bersih, ceria serta selamat akan membantu perkembangan positif seorang murid atau seorang insan sama ada ia masih kecil atau telah dewasa.
Penggunaan harta benda sekolah secara beretika mewujudkan budaya jimat cermat serta dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan dan kerugian. Bilangan murid seramai 1900 orang di SK Taman Bunga Raya 1 menuntut kita warga sekolah lebih berhemah dalam penggunaan semua aset sekolah, eletrik, air serta perabot yang akan diwarisi oleh generasi akan datang.
Semua murid dan warga sekolah perlu membendung budaya vandalisme di kalangan masyarakat kita yang semestinya bermula dari sekolah kita.
Segala yang baik sesungguhnya ia dari Allah.
Semoga SK Taman Bunga Raya 1 terus cemerlang, gemilang dan terbilang, insyaAllah.

Label:
Perhimpunan Rasmi Sekolah
MINGGU KE - 6 07/02/2011
TEMA : SAYANGI KELUARGA - " KELUARGA KE-2 - SEKOLAH"
TAJUK : HARMONI ( TENANG , AMAN , SERASI , SESUAI )
KOSA KATA :
1) KELOMPOK
2) PELBAGAI (AGAMA & KEPERCAYAAN )
3) TUNTUTAN
4) KEHARMONIAN
5) HUBUNGAN BAIK
6) KEIKHLASAN
7) MENGHORMATI
8) KEMUDAHAN
9) PEGANGAN AGAMA
10) DOA

MINGGU KE - 4 24/1/2011
TEMA: KOKURIKULUM
TAJUK: MERENTAS DESA
KOSA KATA :
1) MENGHADIRI
2) FAEDAH
3) MEMANASKAN BADAN
4) MENJUARAI
5) SEMANGAT
6) TAKLIMAT
7) ACARA TAHUNAN
8) KUALITI
10) TERPANCAR
Alhamdulillah, merentas desa peringkat sekolah telah berjalan dengan lancarnya pada 22 Januari 2011. Merentas desa merupakan acara tahunan bagi menjayakan program 1 murid 1 sukan. Menghadiri program tersebut merupakan tanggungjawab semua murid tahap dua selain ia sangat memberi faedah dalam membina persaingan sihat dikalangan murid .
Satu sesi taklimat berkaitan dengan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta telah diberi, selepas kehadiran murid dicatat oleh guru kelas masing-masing.
Memanaskan badan melalui senamrobik, bagi mengelakkan dari kekejangan telah berjalan dengan satu kepuasan di kalangan murid-murid dan guru-guru yang menyertai.
Kesungguhan dalam menyertai acara merentas desa tersebut terpancar di kalangan semua peserta walaupun hanya mendapatkan pungutan mata mengikut masa yang ditetapkan bagi rumah masing-masing.
Tahniah kepada rumah Shah Bandar yang menjuarai merentas desa 2011.

PERHIMPUNAN MINGGU KE - 3
PERHIMPUNAN MINGGUAN
TEMA: PROGRAM PIBG
TAJUK: PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU
KOSA KATA :
1) PERMUAFAKATAN
2) SANTAPAN
3) MERANGSANG
4) RESTU
5) BERKAT
6) INDIVIDU
7) SEMPURNA
8) RANGKUM @ MERANGKUMI
9) PORAK- PERANDA
10) BERINTERAKSI
Pada 15 Januari 2011 bersamaan hari Sabtu , permuafakatan ibu bapa - sekolah telah berjalan dengan lancarnya. Di dalam Majlis tersebut ibu bapa dan guru sepakat bersetuju menjalankan program Kecemerlangan Akademik Tahun 6 dan Tahun 5.
Santapan Rohani merupakan satu dari pengisian yang dipersetujui dalam memastikan kecemerlangan anak-anak, oleh itu setiap akhir bulan pihak pentadbir sekolah atau kaunselor sekolah akan memotivasi murid-murid khusus tahun 6. Ia bertujuan merangsang minat hadir ke sekolah serta melonjakkan pradigma budaya belajar murid.
Restu melalui santapan rohani dari guru-guru selain restu dari ibu bapa sendiri diharapkan dapat mencungkil bakat murid dalam semua aspek. Kesempurnaan individu ialah yang mendapat ilmu yang berkat dari gurunya serta penghayatan amalan secara berterusan.
Interaksi secara sihat dalam amalan berilmu merangkumi sifat tolak ansur, menghormati pandangan rakan, menggunakan fakta yang betul serta sentiasa prihatin dapat mengelakan suasana porak-peranda di dalam komuniti sekolah.

Langgan:
Catatan (Atom)