TEMA: HAL EHWAL MURID
TAJUK: DISIPLIN DIRI
KOSA KATA :
1) KEKEMASAN
2) SUSUN ATUR
3) KECERIAAN
4) KEKERAPAN
5) KESEMPURNAAN
6) KEBIASAAN
7) KONSISTEN
8) BERETIKA
9) PERKEMBANGAN
10) VANDALISME
11) MEMBENDUNG
Assalamualaikum rakan Aspirasi Mentor,
Sekolah merupakan tempat mencari ilmu dunia dan akhirat. Kita di tuntut mendisplinkan diri dalam menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan prasarana sekolah. Kesempurnaan perlu mengambil kira keceriaan serta susun atur kedudukan kerusi dan meja di kelas-kelas.
Kebiasaan ahli keluarga sekolah mengambil berat 3K secara konsisten akan memberi impak besar dalam pencarian ilmu dan ia juga merupakan tuntutan agama Islam. Sekolah, persekitaran dan kelas yang bersih, ceria serta selamat akan membantu perkembangan positif seorang murid atau seorang insan sama ada ia masih kecil atau telah dewasa.
Penggunaan harta benda sekolah secara beretika mewujudkan budaya jimat cermat serta dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan dan kerugian. Bilangan murid seramai 1900 orang di SK Taman Bunga Raya 1 menuntut kita warga sekolah lebih berhemah dalam penggunaan semua aset sekolah, eletrik, air serta perabot yang akan diwarisi oleh generasi akan datang.
Semua murid dan warga sekolah perlu membendung budaya vandalisme di kalangan masyarakat kita yang semestinya bermula dari sekolah kita.
Segala yang baik sesungguhnya ia dari Allah.
Semoga SK Taman Bunga Raya 1 terus cemerlang, gemilang dan terbilang, insyaAllah.
Isnin, 28 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan