PERHIMPUNAN MINGGUAN
TEMA: PROGRAM PIBG
TAJUK: PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU
KOSA KATA :
1) PERMUAFAKATAN
2) SANTAPAN
3) MERANGSANG
4) RESTU
5) BERKAT
6) INDIVIDU
7) SEMPURNA
8) RANGKUM @ MERANGKUMI
9) PORAK- PERANDA
10) BERINTERAKSI
Pada 15 Januari 2011 bersamaan hari Sabtu , permuafakatan ibu bapa - sekolah telah berjalan dengan lancarnya. Di dalam Majlis tersebut ibu bapa dan guru sepakat bersetuju menjalankan program Kecemerlangan Akademik Tahun 6 dan Tahun 5.
Santapan Rohani merupakan satu dari pengisian yang dipersetujui dalam memastikan kecemerlangan anak-anak, oleh itu setiap akhir bulan pihak pentadbir sekolah atau kaunselor sekolah akan memotivasi murid-murid khusus tahun 6. Ia bertujuan merangsang minat hadir ke sekolah serta melonjakkan pradigma budaya belajar murid.
Restu melalui santapan rohani dari guru-guru selain restu dari ibu bapa sendiri diharapkan dapat mencungkil bakat murid dalam semua aspek. Kesempurnaan individu ialah yang mendapat ilmu yang berkat dari gurunya serta penghayatan amalan secara berterusan.
Interaksi secara sihat dalam amalan berilmu merangkumi sifat tolak ansur, menghormati pandangan rakan, menggunakan fakta yang betul serta sentiasa prihatin dapat mengelakan suasana porak-peranda di dalam komuniti sekolah.
Isnin, 28 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan