TEMA: KOKURIKULUM
TAJUK: MERENTAS DESA
KOSA KATA :
1) MENGHADIRI
2) FAEDAH
3) MEMANASKAN BADAN
4) MENJUARAI
5) SEMANGAT
6) TAKLIMAT
7) ACARA TAHUNAN
8) KUALITI
10) TERPANCAR
Alhamdulillah, merentas desa peringkat sekolah telah berjalan dengan lancarnya pada 22 Januari 2011. Merentas desa merupakan acara tahunan bagi menjayakan program 1 murid 1 sukan. Menghadiri program tersebut merupakan tanggungjawab semua murid tahap dua selain ia sangat memberi faedah dalam membina persaingan sihat dikalangan murid .
Satu sesi taklimat berkaitan dengan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta telah diberi, selepas kehadiran murid dicatat oleh guru kelas masing-masing.
Memanaskan badan melalui senamrobik, bagi mengelakkan dari kekejangan telah berjalan dengan satu kepuasan di kalangan murid-murid dan guru-guru yang menyertai.
Kesungguhan dalam menyertai acara merentas desa tersebut terpancar di kalangan semua peserta walaupun hanya mendapatkan pungutan mata mengikut masa yang ditetapkan bagi rumah masing-masing.
Tahniah kepada rumah Shah Bandar yang menjuarai merentas desa 2011.
Isnin, 28 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan